Manja gila muka Fattah, untung Fazura…

Baru-baru ini, power couple, Fattah Amin dengan pasangannya Fazura telah selamat bergelar pasangan suami isteri setelah kedua-dua selebriti ini disatukan di dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup.

💖💍💙

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Semalam, video majlis akad nikah mereka telah menjadi tular di laman-laman media sosial. Fattah dan Fazura yang berpakaian sedondon berwarna putih kelihatan sungguh sweet dan romantis.

Namun apa yang telah menarik perhatian ramai peminat adalah reaksi priceless yang terukir pada wajah Fattah Amin ketika selesai diijabkabulkan.

Jelas terpapar kebahagiaan pada wajah pelakon kacak itu apabila Fattah kelihatan begitu manja sambil memegang kepada isterinya itu.

Kedua-dua peminat dan haters Fattah juga turut berkongsi perasaan excited mereka apabila melihat riak wajah kebahagian yang terukir pada wajah pengantin baru itu.

Tidak kurang pula yang mendoakan supaya Fazura akan mendapat hidayah untuk mengenakan tudung seperti adik-beradik perempuan suaminya itu.

Tetibe tersenyum sorg2 tgk video ni.. manisnyaa! Sepadan💕 lps tu tak move on tgk adek2 pmpuan fatah amin semua tutup aurat😘
Semoga lepas ni fazura dapat menutup aurat dgn sempurna😊

Sukenya tgk lahai.. Semoga pernikahan mereka kekal hingga jannah.

Tidak kurang pula yang meluahkan perasaan kagum mereka dengan majlis akad nikah power couple ini yang telah diadakan secara sederhana tanpa melibatkan sebarang pembaziran.

Walau apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pasangan ini. Semoga korang berbahagia sehingga ke jannah.