“Tak nak sempat balik, hanya sempat video call…”

Pengalaman kehilangan orang yang tersayang memang memedihkan, apatah lagi sekiranya orang itu merupakan orang tua kita yang telah menjaga kita sejak dari kecil lagi.

Showtime.. 🎤 Karnival Sukan Negara TUDM Subang ♥️ Ciknons & the geng!👊🏻😎 #nonnynadirah #nonnycliques #tudmsubang

A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on

Begitulah pengalaman pahit Nonny AF5 setelah bapanya meninggal dunia baru-baru ini. Lebih menyedihkan apabila beliau tidak sempat untuk menatap wajah terakhir arwah bapanya itu kerana komitmen kerja.

Hanya sempat video call saja…

Nonny atau nama sebenarnya, Nonny Nadirah Zainuddin merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 telah meluahkan perasaan sedihnya itu menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.

Sakit sangat sangat.. aku redha.. tapi… aku x sempat jumpa.. Ya Allah rasa sakit & sedih tu sampai skrg.. time kerja,time tgh sembang,tgh gelak,tgh driving, bila2 masa lah.. airmata tu sendiri jatuh x henti.. aku nak jumpa.. tapi x sempat… mama… kenapa sakit sgt… aku rasa mcm arwah masih ada.. dari pagi aku & adik aku cari flight utk blk kampung,petang baru dpt.. sampai je semua dah selesai.. orang boleh ckp ”eh bapa kau meninggal apsal x balik?” diorg xtau mcm mana payah aku pegi cari tiket nak blk sbb masa tu semua flight dah full..bukan 1 airport aku pegi,check online,semua aku cari..tapi org boleh ckp mcm tu..diorg xtau cerita sebenar.. aku sempat video call je.. sedih kan?.. petanda yg sgt sakit,masa tu tgh shooting cerita Cinta Hati Abah.. Lagu ni sgt bermakna buat aku,aku buat mmg utk arwah.. terima kasih akak..terima kasih abg… . aku kerja jauh dari keluarga,aku dtg sini cari rezeki utk tlg keluarga aku. . ada dua : arwah nenek & arwah bapa.. aku x sempat jumpa… . Allahu akbar . Astaghfirullahal’adzim . Al-FATIHAH ………………………..

A post shared by Nonny Nadirah binti Zainuddin (@nonnynadirah) on

Perkongsian Nonny itu telah membuatkan ramai netizen terkesan dan mengucapkan salam takziah di atas kehilangannya serta meminta supaya Nonny bertabah di atas ujian yang diberikanNya itu.