Tak sampai sebulan dibuka, IKEA Tebrau sudah jadi macam stor

Gedung IKEA Tebrau yang sudah lama dinanti-nantikan oleh bangsa Johor akhirnya telah dibuka kepada orang ramai pada 16 November yang lalu. Namun, belum sampai tempoh sebulan gedung itu dibuka, sudah ada kejadian-kejadian yang kurang menyenangkan.

Sejak semalam, jadi tular di laman-laman media sosial, beberapa keping gambar keadaan ruang pameran di gedung itu yang bersepah dan tidak terurus seperti baru saja dilanggar todak.

Gambar-gambar yang telah dimuatnaik oleh Dino Daniel LJ menunjukkan keadaan katil yang bersepah dan mainan kanak-kanak berterabur di ruang bilik pameran kanak-kanak.

Rata-rata netizen mengecam keras tindakan segelintir pengunjung ke gedung tersebut kerana tidak menjaga adab dan kelakuan mereka supaya tidak menyepahkan ruang pameran yang disediakan.

Orang jiran punya kerja

Menurut seorang ,Ieqa Eriqa rata-rata yang mereka yang berkelakuan seperti itu merupakan pengunjung yang datang daripada negara jiran.

IKEA Damasara tak macam ni pun

Tidak kurang pula yang membanding-bandingkan kedua-dua gedung ini. Menurut mereka, meskipun sudah 10 tahun IKEA Damansara telah dibuka, tidak pernah pun berlaku insiden sebegini.

Walaupun kejadian ini berlaku di IKEA Tebrau, Johor, para netizen dinasihatkan supaya tidak membangkitkan sebarang komen yang berkaitan dengan bangsa dan kenegerian. Apa yang berlaku adalah sikap dan perangai individu yang tidak bertanggungjawab.