“Tatu Lain Tak Ada Ke Bodoh?”-Netizen Pertikai Betis Lelaki Tertulis Kalimah Allah

Kalau begini gayanya nak buat macam mana lagi agaknya? Nak kita berfikiran positif lagi ke kalau terang-terangan ianya menghina Islam.
Sebuah video yang dimuat naik oleh Shamsul Kamal ini didakwa terjadi di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Dalam rakaman berdurasi 10 saat tersebut, seorang lelaki dilihat memakai baju berwarna putih, topi dan seluar pendek.
Tengok pula di betisnya. Cacahan tatu yang bertulisan kalimah Allah! Ini sudah melampau sampai nama Tuhan pula dipermain-mainkan.
Tidak dapat dipastikan lelaki berkenaan berbangsa apa, tapi yang penting ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menimbulkan provokasi.
Dari gayanya, lelaki tersebut nampaknya langsung tidak berasa bersalah. Selamba berjalan dan memakai seluar pendek, sudah pasti dia tidak kisah jika orang lain nampak tatu tersebut bukan?


Netizen yang melihat video ini masing-masing marah dan kebanyakannya mempetikaikan tindakan lelaki tersebut.
"Dah tak ada benda lain ke kau nak cacah kat betis kau, bodoh!"
"Pihak berwajib tak nak ambil tindakan ke apa? Ini sudah lebih, agama Islam dihina."
"Semoga betis kau berkurap tak lama lagi."

Setakat ini masih tiada penjelasan tentang identiti lelaki berkenaan. Kalau terjadi depan mata, agakanya apa tindakan yang anda akan lakukan?
Sumber: CARI